Perak Hari Ini

“Ah Nan Datang Cari Dan Selesaikan Masalah Kami”

IPOH:”Kami betul-betul mahukan seorang wakil rakyat yang boleh berdiri bersama kami,berkhidmat untuk rakyat dan bukanya calon yang dipilih tetapi selepas itu menghilang,” kata wakil penduduk kerusi N.28 Bercham Low Guo Nan menggunakan kesempatan yang ada sebaik mungkin bagi mendekati para pengundi kawasan itu di sini.

Menurut wakil penduduk Cheng Ming Tat,40 calon Barisan Nasional (BN) kerusi N.28 Bercham Low Guo Nan telah menggunakan kesempatan yang ada sebaik mungkin bagi mendekati para pengundi kawasan itu.

“Kami selaku penduduk Bercham tampil memberikan sokongan kepada Ah Nan dan kami bukannya mewakili mana-mana persatuan dan pihak tertentu tetapi ini suara kami penduduk daripada kawasan Bercham.

“Selama 14 bulan dia menjadi ahli majlis Bandaraya Ipoh (MBI) calon BN ini telah menjaga kawasan Bercham dan dia sangat bertungkus lumus serta rajin membantu kami,” katanya.

Katanya, tindakan calon BN itu merupakan ciri-ciri wakil rakyat yang dikehendaki mereka yang mana dia bukan menunggu aduan daripada penduduk sebaliknya secara sendiri mencari masalah yang dihadapi penduduk.

“Kami percaya dia boleh membantu kami pada masa akan datang jadi kami sebagai penduduk sokong dia kerjasama daripada bercham beri peluang ekpada dia untuk menjadi wakil rakyat supaya dia boleh terus berkhidmat,” katanya ketika ditemui hari ini.

Mengulas mengenai wakil rakyat terdahulu, jelas Cheng Ming selama 10 tahun berada di sini kami sebagai penduduk tidak ada banyak perubahan termasuk aduan daripada penduduk yang tidak diendahkan.

“Menerusi pengalaman saya selaku ahli dalam pasukan sukarelawan dan kini ahli rukun tertangga saya selalu berjumpa penduduk jadi saya faham perasaan mereka apabila wakil rakyat tidak boleh membantu mereka,” katanya.

Sebagai tanda sokongan kepada calon BN N.28 Bercham Low Guo Nan sekitar 300 penduduk Bercham akan berkumpul dan menulis kata-kata sokongan kepada calon itu pada 8 Mei ini.

“Kami akan berkumpul dan menulis kata-kata sokongan lalu digantung pada ranting pokok sebelum hari mengundi pada 8 Mei ini sekitar jam 8 hingga 9.30 sekitar dan diharapkan penduduk Bercham boleh datang memberikan sokongan,” katanya.

Jelasnya lagi, selama ini Calon BN itu telah banyak membantu penduduk setempat berkaitan dengan masalah Aedes, sampah sarap, banjir dan pelbagai kes penipuan.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");