Perak Hari Ini

Ahmad Faizal Syukur, Penerimaan Rakyat Chenderiang Baik

TAPAH: Menteri Besar Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berasa terharu dengan sambutan rakyat di kawasannya sewaktu turun meninjau keadaan mereka.

Ahmad Faizal Azumu berkata walaupun beliau bukan berasal dari kawasan yang diwakilinya namun atas faktor penerimaan yang begitu positif, beliau merasakan seolah-olah sudah mempunyai keluarga baharu yang besar di Chenderiang.

“Saya bersyukur kerana penerimaan mereka terhadap saya begitu baik. Ia sangat berbeza sewaktu saya turun berkempen pada pilihanraya lalu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Masjid Daerah Tapah, dekat sini, pada Rabu.

Beliau yang dalam sesi lawatan kerja di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang itu terdahulu berkesempatan bertemu dan beramah-mesra dengan para peniaga serta masyarakat setempat di Bazar Ramadan Tapah.

Kemudiannya Ahmad Faizal hadir ke majis berbuka puasa yang diadakan di Masjid Daerah Tapah.

Turut diraikan 43 orang pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran, Wal Qiraat Ad Din Air Kuning, di sini.

Hadir sama Yang DiPertua Majlis Daerah Tapah, Muhammad Nazri Abdullah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");