Panasnya Hari Ini

Aku Janji Calon BN Parlimen Baling

BALING: Calon BN Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Rahim menjanjikan enam aku janji utama kepada pengundi di kawasan itu sekiranya terus diberi mandat sebagai wakil rakyat.

Menurut beliau, jika sebelum ini beliau telah berusaha untuk mewujudkan sebuah Hospital Pakar di bandar Baling namun kali ini beberapa perkara akan dititikberatkan.

Katanya, selain aspek kesihatan antara perkara yang diutamakan adalah pembangunan dari segi pendidikan kepada anak-anak di parlimen itu.

“Sebelum ini saya sudah berusaha dapatkan peruntukan. Saya minta peruntukan dari Perdana Menteri bagi membina sebuah hospital pakar di Baling. Alhamdulillah kita dapat.

“Dan hari ini, tadi kita adakan majlis pecah tanah kampus UiTM cawangan Baling. Ini semua untuk anak-anak kita sambung belajar. Apa lagi kita nak buat?.

Azeez menambah, sekiranya terus diberi mandat sebagai Ahli Parlimen Baling maka beliau akan berusaha memberi peluang pekerjaan kepada 20 ribu anak muda di kawasan itu.

Malah jelas beliau, selain peluang pekerjaan BN juga akan menyediakan peluang memiliki rumah PPR sebanyak 6,000 buah di dalam Parlimen Baling.

“Peluang miliki rumah PPR sebanyak 6,000 buah rumah. Kalau ikut harga asal RM195 ribu tapi kerakaan BN bagi subsidi RM165 ribu. Jadi anak muda kita hanya perlu bayar RM30 ribu sahaja,”katanya ketika berucap di Program Ceramah Perdana, disini.

Dalam pada itu, antara aku janji lain Azeez adalah untuk menjadikan Dun Kuala Ketil sebagai Hub Perindustrian.

Selain itu katanya, Dun Kupang pula akan dijadikan Hub Pertanian dan Dun Bayu pula bakal dijadikan Hub Pelancongan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");