Perak Hari Ini

Amanah Perak Alu-alukan Penyertaan Daripada Bekas Ahli PAS, UMNO

IPOH: Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Perak membuka ruang dan memberi peluang kepada bekas ahli-ahli PAS ataupun UMNO bagi menyertai mereka.

Naib Pengerusi AMANAH Perak, Dr Muhaimin Sulam berkata rentetan daripada keputusan Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, ramai pihak yang menyatakan hasrat menyertai Amanah yang kini menjadi parti kerajaan.

“Sebahagian yang ingin menyertai Amanah kerana sudah memiliki keyakinan bahawa pendirian pimpinan Amanah sebelum ini adalah suatu strategi politik yang tidak ada kena mengena dengan persoalan akidah seperti yang didakwa setengah pihak.

“Semoga penyertaan mereka memperkukuhkan perjuangan untuk mempertahankan hak rakyat jelata dan mampu mencerminkan slogan ‘Islam Rahmat Untuk Semua’,” katanya dalam satu kenyataan dekat sini, hari ini.

Walau bagaimanapun, jelasnya, Amanah Perak tetap berhati-hati dari segi penerimaan keahlian yang mana mereka akan memastikan tidak ada mana-mana pihak yang menjadi ahli hanya kerena mahu merosakkan parti ataupun hanya mempunyai matlamat kepentingan peribadi.

Untuk tambahan, pada PRU14, Amanah Perak berjaya memenangi dua kerusi Parlimen daripada empat yang ditandingi mereka.

Daripada 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertaruhkan, enam berjaya dimiliki Amanah.

Ia termasuk kerusi yang ditandingi Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi di DUN Manjoi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");