Membawang Hari Ini

Anak Lan Solo Jalani Pembedahan Rawat Sumbing Hari Ini

LAN Solo dan isteri, Nur Sheila memohon agar orang ramai mendoakan pembedahan anak keempatnya, Nur Amna Quxandra, 3 bulan, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini berjalan lancar.

Pembedahan ini adalah untuk merawat sumbing yang dialami cahaya mata keempat pasangan ini yang dilahirkan pada 24 Februari lalu.

Difahamkan Quxandra telah dimasukkan di PPUM sejak dua hari lalu dan dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani pembedahan yang telah dijadualkan sebelum ini.

Sheila menerusi beberapa status di laman Instagramnya (IG) untuk berkongsi keadaan terkini anak perempuannya itu dari semasa ke semasa memetik sumber Sinar Harian.

“Uncle aunty doakan yang terbaik untuk saya ye…Emosi mommy saya agak terganggu jugak ni. Doakan jugak mommy saya kuat semangat ye,” tulisnya pada kapsyen.

Ramai peminat dan pengikut pasangan ini di IG memberikan semangat dan kata-kata positif agar pembedahan ke atas Quxandra berjalan dengan lancar.

Tidak ketinggalan, rakan-rakan artis juga turut memperlihatkan keprihatinan mereka, selain mendoakan yang terbaik buat anak kecil ini menerusi video yang dikongsikan di IG Sheila.

Antaranya Liza Hanim, Siti Nordiana, Jihan Muse, Nabil Ahmad, Syura, Almy Nadia dan Khai-Rosma.

Selain Quxandra, Lan dan Sheila yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2009 ini mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");