Jenayah

Angkara Dendam, Budak Empat Tahun Diculik, Didera Hingga Mati

KOLKATA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun diculik dan didera sebelum dilemaskan di dalam sungai selepas mangsa sudah tidak lagi bernyawa.

Insiden itu dikatakan berlaku di Malda.

Kesan penderaan turut diilihat di seluruh badan mangsa malah kepalanya turut cedera akibat hentakan objek tumpul.

Sebaik sahaja mayat kanak-kanak itu ditemui, ahli keluarga dan penduduk kampung yang berang bertindak membakar rumah suspek.

Bukan itu sahaja, beberapa rumah suspek lain yang terlibat dalam kes pembunuhan tersebut turut dibakar.

Jalan Utama ke Malda-Pukhuria, laluan masuk ke perkampungan tersebut turut disekat sejak pagi Rabu.

Suspek sudah ditahan bersama tiga yang lain bagi membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak perempuan itu.

Suspek yang disyaki penagih dadah menculik kanak-kanak itu pada petang Isnin dari kawasan kejiranan Nimsarai, Englishbazar dekat Malda.

Mayatnya ditemui dekat Sungai Mahananda kira-kira 1 kilometer dari rumahnya.

Mangsa yang dikenali sebagai Joynar Siddique dibunuh dengan kejam angkara balas dendam.

Difahamkan suspek yang dikenali sebagai Biki Sheikh tidak berpuas hati dengan tindakan bapa mangsa yang cuba menghalangnya daripada mengambil dadah.

“Pada malam Ahad, Biki cuba membunuh ibunya dengan senjata tajam. Apabila suami saya cuba menyelamatkan ibu suspek, dia mengamuk.

“Dia meminta wang dari suami saya. Biki mahu membeli dadah. Ketika dihalang berbuat demikian dia mengamuk dan mahu membalas dendam terhadap kami,” kata ibu mangsa, Munni Bibi.

Ibu mangsa mendakwa anak perempuannya itu diculik ketika sedang bermain di halaman rumah.

“Anak saya sedang bermain di halaman rumah dan tiba-tiba hilang. Kami tidak pernah membayangkan suspek akan membunuh anak saya.

“Anak saya didera dan dibunuh oleh Biki dan juga beberapa suspek lain. Saya mahu mereka dihukum gantung sampai mati,” katanya lapor mumbaimirror.indiatimes.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");