Berita Hari Ini

Anwar Bebas

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan hari ini selepas mendapat pengampunan daripada Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat pagi ini.

Ketua Umum PKR itu dibebaskan kira-kira pukul 11.30 pagi di Hospital Reheabilisasi Cheras di sini.

Beliau diiringi isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ibrahim dan anaknya yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul ‘Izzah.

Ketika dibebaskan, Anwar sempat melambai kepada penyokong dan pengamal media sebelum meninggalkan hospital tersebut sembilan minit kemudian.

Beliau dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari pada 2008.

– UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");