Berita Hari Ini

Anwar Maafkan Tun M, Najib

PETALING JAYA: Beberapa jam selepas dibebaskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka bukan sahaja mengakui telah memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi juga Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Umum PKR itu berkata, beliau kini mahu meneruskan kehidupannya dan menghargai kebebasan penuh yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

“Jika melibatkan hal peribadi, saya telah maafkan dia (Najib), tetapi dia perlu jawab sebarang isu mengenai pertuduhan rasuah dan jenayah terhadapnya,” katanya pada sidang media di kediamannya di Bukit Segambut, di ibu negara, Rabu.

Ketika menjawab soalan mengenai kerjasamanya dengan Dr Mahathir, beliau berkata, beliau mengutamakan kepentingan negara lebih daripada perkara lain.

“Memang ramai yang bertanya, ramai yang ingin tahu mengenai kerjasama saya dengan Tun (Mahathir) dan saya katakan telah maafkan Tun.

“Melihat pengorbanannya dan usaha beliau yang membawa kepada kebebasan saya, serta sokongan kepada agenda reformasi, ia umpama deja vu,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pembebasan Anwar, Dr Mahathir menjawab: “Dulu kata saya masukkan dia ke penjara, sekarang saya bebaskan dia.”

Beliau juga memaklumkan Anwar akan memainkan peranan dalam gabungan Pakatan Harapan, bukan dalam pentadbiran kerajaan.

“Esok akan diadakan mesyuarat Majlis Presiden bagi membincangkan pelbagai perkara dengan lebih terperinci,” katanya.-Mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");