Berita Hari Ini

Arab Saudi Diminta Bantu Aktiviti NGO Islam

KUALA LUMPUR: Arab Saudi pada Ahad diminta supaya turut memberi kerjasama dalam membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam melaksanakan misi bantuan mereka kepada umat Islam.

Menggesa demikian, Pengerusi Pertubuhan NGO Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, ini penting bagi memartabatkan umat Islam sejagat.

Selain itu, katanya, rakyat Malaysia menerusi NGO juga berperanan membantu masyarakat antarabangsa dalam pelbagai isu.

Menurutnya, rakyat Malaysia tidak kira kaum begitu bermurah hati dan prihatin membantu masyarakat antarabangsa khususnya dalam misi kemanusiaan seperti di Palestin dan Syria serta bantuan kemanusiaan Rohingya di Myanmar.

Beliau bercakap pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Kedutaan Arab Saudi, di sini lapor Bernama.

Turut hadir Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussein Saeed Qattan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");