Sukan Hari Ini

Arsenal Berdepan Denda FA

ARSENAL telah didenda kerana gagal mengawal pemain-pemainnya ketika aksi Rabu lalu menentang Leicester City dalam aksi berkesudahan The Gunners 3-1, umum Persekutuan Bolasepak (FA).

Denda itu dijatuhkan berdasarkan reaksi pemain-pemain Arsenal terhadap keputusan pengadil perlawanan, Graham Scott, selepas Henrikh Mkhitaryan didakwa menjatuhkan Demarai Gray di dalam kotak penalti.

Penyerang The Foxes, Jamie Vardy, menyempurkan sepakan itu sebelum gol lewat daripada Riyad Mahrez mengesahkan tiga mata buat Leicester dalam perlawanan yang menyaksikan Arsenal beraksi dengan 10 pemain selepas Konstantinos Mavropanos dilayangkan kad merah selepas 15 permainan.

“Arsenal telah didenda kerana gagal mengawal reaksi pemain dengan cara yang sepatutnya,” memetik kenyataan daripada wakil FA, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

“Insiden itu berlaku pada minit ke-75 sewaktu perlawanan melibatkan Arsenal dan Leicester City.

“Arsenal mempunyai tempoh sehingga jam 6 petang pada 16 Mei 2018 (1 pagi 17 Mei 2018 waktu Malaysia) untuk mengemukakan sebarang tindakan terhadap denda itu.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");