Sukan Hari Ini

Arsenal Berdepan Tindakan

KELAB Arsenal berdepan hukuman oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) selepas didakwa gagal mengawal tingkah laku pemainnya ketika perlawanan menentang Leicester City, yang berkesudahan The Gunners tewas 1-3, Khamis lalu.

Pada perlawanan itu, pemain Gunners naik berang selepas pengadil Graham Scott menghadiahkan Leicester tendangan penalti pada minit ke-75 kerana kekasaran dilakukan Henrikh Mkhitaryn ke atas Demarai Gray di Stadium King Power.

Jamie Vardy menyempurnakan sepakan penalti itu untuk membantu Leicester mendahului 2-1 sekali gus dalam laluan mencatat kemenangan ke atas Arsenal pada perlawanan kedua terakhir musim Liga Perdana Inggeris.

“Arsenal akan didenda kerana gagal mengawal reaksi pemain dengan cara yang sepatutnya.

“Insiden itu berlaku pada minit ke-75 sewaktu perlawanan melibatkan Arsenal dan Leicester City.

“Arsenal mempunyai tempoh sehingga jam 6 petang pada 16 Mei 2018 (1 pagi 17 Mei 2018 waktu Malaysia) untuk menjawab pertuduhan ini,” kata wakil FA memetik sumber Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");