Berita Hari Ini

AS Tuduh Hamas Cari ‘Alasan’

WASHINGTON: Gerakan Hamas dituduh menggunakan majlis pembukaan kontroversi kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis sebagai ‘alasan’ untuk menggalakkan keganasan, kata Jabatan Negara AS.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas tentera Israel mengganas hingga mengorbankan 60 rakyat Palestin ketika insiden itu Isnin lalu.

Ketika didesak wartawan, jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert menolak untuk menyertai negara Barat lain yang menekan Israel agar menghentikan tindakannya.

“Keadaan di wilayah ini agak rumit. Kami kesal berlakunya kehilangan nyawa tetapi Israel berhak untuk mempertahankan diri,” kata Nauert, sebagaimana dinyatakan BH Online.

Nauert tidak mahu keganasan terbaru itu dikaitkan dengan pembukaan kedutaan yang dirasmikan Isnin lalu selepas negara itu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Kami sudah menyaksikan demonstrasi itu sejak enam minggu lalu. Demonstrasi ini bukan sesuatu yang baharu.

“Jika Hamas mahu menggunakan ia sebagai alasan untuk membakar semangat dan menggalakkan keganasan, itu adalah pilihan mereka dan ia adalah pilihan yang tidak bertanggungjawab,” kata Nauert.

Ketika ini, Israel berdepan tekanan antarabangsa dan desakan agar siasatan bebas dilakukan berhubung insiden itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");