Jenayah

Asrama Lelaki Sekolah Tinggi Islam As-Sofa Terbakar

REMBAU: Sebuah asrama penginapan pelajar lelaki Sekolah Tinggi Islam As-Sofa di Kampung Chengkau, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Fuad Majid, berkata tiga jentera termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang serta Seremban 2 dengan kekuatan 20 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan jam 1.58 pagi.

Menurutnya, kebakaran membabitkan sebuah blok asrama yang menempatkan 85 pelajar lelaki sekolah berkenaan.

“Ketika kejadian, penghuni sedang tidur dan kejadian disedari apabila mereka terhidu bau asap dan keluar menyelamatkan diri. Warden asrama kemudian menghubungi bomba untuk bantuan.

“Bomba mengambil masa setengah jam untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan lain. Operasi pemadaman berakhir sepenuhnya jam 4.05 pagi. Asrama berkenaan musnah 90 peratus,” katanya ketika dihubungi, hari ini lapor Berita Harian.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Pada 28 September tahun lalu, sebuah asrama yang menempatkan 37 pelajar perempuan sekolah berkenaan turut musnah dalam kebakaran, jam 1.50 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");