Sukan Hari Ini

Bahadoran Disingkirkan

IPOH: Kesabaran Mehmet Durakovic terhadap pemain import, Misagh Bahadoran nyata ada hadnya.

Memetik laporan BH Online, selepas mencubanya dalam 10 perlawanan, jurulatih Perak itu akhirnya membuat keputusan menyingkir pemain Filipina itu semasa jendela perpindahan kedua kerana kecewa dengan prestasinya.

“Jika boleh saya tidak mahu singkir sesiapa tapi berapa lama lagi saya boleh mempertahankan kedudukannya.

“Sebagai pemain import dia sepatutnya mampu memberi sumbangan berkesan kepada pasukan.

“Apa maknanya jika kemampuannya sama saja dengan pemain tempatan,” tegas jurulatih dari Australia itu.

Menurut Durakovic, beliau sudah lama menyedari kelemahan Bahadoran tetapi tetap memberi peluang kepada pemain itu dengan harapan dia akan meningkat.

“Cukuplah. Saya dah beri peluang yang cukup kepadanya. Saya dikecam teruk peminat kerana mempertahan kedudukan pemain itu.

“Saya bukan buta tapi terdapat kekangan menyebabkan saya tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya.

Dalam perkembangan lain Durakovic optimistik terhadap peluang Perak meraih kemenangan apabila mereka turun menentang PKNP FC di Stadium Perak, malam ini.

Ia berikutan kehadiran semula tiga tonggak, Gilmar Jose Da Silva, Amirul Azhan Aznan dan Nazirul Naim Che Hashim selepas tidak beraksi menentang Terengganu FC di Kuala Terengganu, Rabu lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");