Panasnya Hari Ini

‘Bangunkan ikut acuan pemilik, pewaris’

KUALA LUMPUR – Secara fizikalnya, pembangunan semula kawasan Kampung Baru, mungkin tidak kelihatan begitu ketara kerana masih kekal dengan imej sebuah perkampungan di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Namun, itu tidak bermakna hasrat kerajaan dalam usaha mentransformasikan kawasan berusia 118 tahun itu tidak berjalan, sebaliknya ia dilaksanakan secara berperingkat mengikut kehendak pemilik dan pewaris tanah.

Calon BN Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berpendirian pembangunan di Kampung Baru tidak akan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa meskipun mendapat desakan daripada sesetengah pihak yang melabelkan BN gagal membangunkan perkampungan Melayu itu.

“Tanah Kampung Baru bukan tanah setinggan. Tanah ini adalah kurniaan Sultan Selangor kepada orang Melayu. Selagi ada bulan dan bintang, tanah ini akan kekal menjadi milik orang Melayu dan tiada siapa boleh usik sekiranya pemilik atau pewaris tidak bersetuju.

“Kita membangunkan Kampung Baru mengikut acuan kita. Ini tanah warisan. Bukan sembarangan. Sebab itu saya bertanggungjawab mempertahan Kampung Baru supaya apa sahaja yang berlaku di tanah ini mesti kekal kepada orang melayu sampai bila-bila,”katanya.

Nilai tanah meningkat
Namun di bawah kepimpinan Johari selaku wakil rakyat pada penggal lalu, beliau tetap berusaha mencari mekanisme terbaik dalam proses pembangunan kawasan itu secara keseluruhannya.

Hasilnya kini, nilai tanah di Kampung Baru telah meningkat dan boleh mencecah sehingga RM750 satu kaki persegi apabila melibatkan gabungan tanah yang besar.

Nilai itu juga disokong dengan adanya pembangunan-pembangunan disekitarnya yang sedang dilaksanakan menerusi peranan yang dimainkan oleh Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB).

Dengan peningkatan harga tanah, ia tentunya memberi manfaat besar kepada pemilik dan pewaris yang mahu membangunkan tanah mereka.

“Jika kerajaan beli tanah Kampung Baru, kerajaan perlu keluarkan RM13 bilion. Itu belum lagi kos untuk projek pembangunan. Tapi itu bukan tujuan kerajaan. Jadi kerajaan wujudkan PKB untuk bantu pemilik dan pewaris yang mahu bangunkan tanah.

“Jika mahu jual kepada orang melayu, silakan. Tapi PKB akan pastikan tiada yang kena tipu. Jika mahu bangunkan, PKB akan pastikan pemaju yang benar-benar berwibawa sahaja terlibat,”katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");