Berita Hari Ini

Bekas Pelakon Gol & Gincu The Siries Kini Bergelar Ahli Parlimen

Nama bekas pelakon Gol & Gincu The Siries, Fahmi Fadzil kini sedang hanga diperkatakan peminat juga pemerhati dunia hiburan tanah air apabila dia kini bergelar ahli parlimen bahagian Lembah Pantai.

Dalam Gol & Gincu, Fahmi memengang watak sampingan sebagai Irwan. Siri televisyen terbitan Redfilms itu pernah ditayangkan sekitar tahun 2006 hingga tahun 2007.

Bakat lakonan ahli politik berusia 35 tahun ini bukan hanya pada drama bersiri malah dia juga aktif dalam pementasan teater.

Dia pernah menjayakan naskah “Second Link” dan Dua, Tiga Dalang Berlari” sebagai pelakon dan penulis.

Selain itu Fahmi pernah menerima anugerah Artis Harapan pada Anugerah Seni Boh Cameron 2006.

Memiliki ijazah dalam jurusan kejuruteraan kimia, graduan lulusan Universiti di Amerika Syarikat itu pernah berkata, sekiranya dia tidak bergelar ahli politik, dia mungkin seorang jurutera kimia dan akan meneruskan minatnya dalam dunia lakonan.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");