Berita Hari Ini

‘Belajar Dari HARAPAN Untuk Jadi Pembangkang Yang Kuat’

Selepas mengalami kekalahan pilihan raya pertama dalam sejarah, Umno perlu belajar daripada Pakatan Harapan (HARAPAN) bagaimana untuk menjadi pembangkang yang kuat, kata ketua puterinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

“Kepimpinan dan ahli perlu segera berubah, harus bersedia menerima kekalahan, berlapang dada dan bangkit…dan sedia untuk bekerja dalam keadaan yang tidak senang.

“Harus lihat bagaimana pembangkang dulu (HARAPAN), laluan mereka untuk berada di kedudukan mereka hari ini sangat sukar.

“Kita ambil daripada sudut positif untuk menjadi pembangkang yang baik dan berkesan, membawa kestabilan kepada apa saja yang dilakukan kerajaan hari ini,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas strategi dan hala tuju Umno pada masa akan datang untuk kembali mendapat sokongan rakyat, selepas berakhirnya pentadbiran mereka selama 61 tahun.

Mas Ermieyati, bekas timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan, adalah seorang daripada 47 wakil rakyat Umno yang menang pada PRU lalu.

Kekalahan mengejut Umno membawa kepada perletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak selaku presiden parti.

Pemilihan parti Jun ini

Parti terbesar negara itu akan mengadakan pemilihan Jun ini, walaupun masih belum pasti jawatan presiden dan timbalan presiden akan dipertandingkan.

Pada masa ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjalankan tugas selaku presiden manakala Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai timbalannya.

Mas Ermieyati berpandangan pemilihan tidak seharusnya menjadi agenda utama Umno pada masa ini.

“Hal paling penting adalah penyatuan parti, perlu dilakukan sekarang. Perkara lain boleh dilaksanakan kemudian.”

Apabila tiba masanya nanti, katanya lagi, Umno perlu memilih kepimpinan baru yang berwibawa, mempunyai rekod yang baik serta mampu memberi sinar baru kepada parti itu.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");