Panasnya Hari Ini

Bersikap Rasional Ketika Mengundi – Khairy

KUALA LUMPUR:Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menasihatkan agar pengundi bandar yang pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing di kampung halaman, digesa bersikap rasional ketika menunaikan kewajipan sebagai pengundi esok.

Beliau berkata sentimen pengundi kawasan luar bandar lebih mengutamakan kepada isu tempatan yang rapat dengan kehidupan mereka, berbeza dengan pengundi bandar yang mengambil kira semua perkara.

Beliau berkata, jika pengundi perantau (dari bandar yang akan pulang ke kampung halaman untuk mengundi) membuat penilaian secara rasional, mereka pastinya dapat mengawal emosi serta mengurangkan sentimen negatif masing-masing terhadap BN.

“Dalam hal ini, pengundi perlu membuat penilaian dengan adil dan tidak wajar terbawa-bawa dengan sentimen kemarahan atau kebencian semata-mata.

“Ramai yang kononnya benci BN tetapi tidak tahu apa yang sudah dilaksanakan kerajaan selama ini kerana hanya mendapat maklumat daripada satu pihak saja. Semua persepsi negatif itu dibentuk oleh saluran maklumat yang tidak berlaku adil kepada kerajaan BN,” katanya lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sikap pengundi bandar yang terbawa-bawa sentimen kebencian dan kemarahan ketika pulang mengundi di kampung, seperti yang pernah dialami BN pada pilihan raya umum lalu.

Khairy berkata, kerajaan BN bersedia berdepan sentimen itu dan akan memberi penjelasan mengenai perancangan serta manifesto yang dilancarkan baru-baru ini.

Penyandang Parlimen Rembau itu berkata, perancangan komprehensif seperti ditawarkan menerusi Manifesto Jaminan Orang Muda (JOM), perancangan jangka panjang (Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan rekod cemerlang kerajaan selama ini menjadi tiga faktor utama mengapa pengundi muda perlu memilih BN pada PRU-14.

Justeru, katanya, pengundi perlu menilai bukan kepada janji kosong sebaliknya melihat kepada kemampuan untuk menunaikan janji dan beliau yakin, BN mampu melaksanakan semua janji-janji berkenaan.

“Semua janji serta jaminan BN bukan janji kosong sebaliknya apa yang kami tawarkan sudah diteliti termasuk mengambil kira kos pelaksanaan dan ia sememangnya jauh berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh parti pembangkang, ” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");