Berita Hari Ini

BN akan menang sebab dua faktor

SHAH ALAM – BN diyakini mampu kekal sebagai kerajaan atas dua faktor utama walaupun dilihat puluhan ribu rakyat hadir di setiap program jelajah Pakatan Harapan (Harapan) di seluruh negara dalam PRU14 kali ini.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, tidak dinafikan bahawa ada keinginan dan keazaman kuat di kalangan rakyat untuk mengubah kerajaan, tetapi masih belum kuat untuk menumbangkan BN.

“Saya masih tidak percaya Harapan mempunyai peluang untuk menumbangkan BN disebabkan dua faktor utama. Satu, persempadanan semula yang jelas memihak kepada BN.

“Kedua adalah Pas tidak bersama dengan Harapan sehingga pecah undi kepada pelbagai penjuru yang sepatutnya memenangkan Harapan,” katanya.

Jadi menurut Jeniri, kehadiran puluhan ribu rakyat pada setiap jelajah Harapan boleh dianggap sebagai manifestasi keghairahan rakyat.

“Kehadiran itu adalah manifestasi keghairahan sentimen yang melimpah, yang tidak dapat dikekang lagi. Mereka hadir juga untuk melihat dan mendengar apa diperkatakan oleh individu yang pernah bersama-sama dengan Umno,” katanya.

Beliau berkata, dari segi kehadiran itu juga tidak dapat memberi kesimpulan tepat bahawa calon Harapan yang akan bertanding di kawasan berkenaan akan memenangi PRU14 ini.

“Tetapi dari segi kehadiran adakah ia mencerminkan para pengundi di kawasan itu? Atau sebahagiannya bukan pengundi, bukan pengundi berdaftar, pengundi luar, dan sebahagiannya mereka yang membawa keluarga serta yang tidak layak untuk mengundi?,” soalnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");