Perak Hari Ini

BN Umum Kerajaan Campuran Di Perak

Barisan Nasional (BN) Perak mengumumkan bahawa telah mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi bagi membentuk kerajaan Perak.

Pengarah Komunikasi Media, Datuk Nizamuddin ketika memwakili Zambry menyatakan bahawa BN mempunyai 27 kerusi manakala PKR memperoleh 29 kerusi dan PAS mempunyai 3 kerusi.

Bagaimanapun katanya, BN Perak dengan sukacitanya memaklumkan bahawa parti itu akan membentuk kerajaan campuran bersama PAS.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan memohon untuk mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bagi menyembah maklum akan kedudukan terkini dan mendapat pekenan untuk membolehkan kerajaan dibentuk.

Katanya lagi, sebarang maklumat berkaitan perlantikan Menteri Besar akan dimaklumkan kemudian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");