Panasnya Hari Ini

BN Tak Perlu Bawa Penyokong Luar

KEPALA BATAS: Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa tiada keperluan untuk BN membawa penyokong BN dari luar untuk menyokong sebarang ceramah atau acara anjuran parti itu.

Perdana Menteri turut berkata, penyokong tegar Barisan Nasional (BN) akan terus memberi sokongan mereka kepada kerajaan sedia ada.

Beliau berkata, BN bukannya seperti pakatan pembangkang yang perlu membawa penyokong mereka menaiki pengangkutan awam, semata-mata untuk memberi sokongan kepada ceramah mereka seperti di Putrajaya, baru-baru ini.

“Mereka (pembangkang) dakwa memiliki sokongan rakyat. Ini hanya permainan politik mereka.

“Bagi mereka apa sahaja betul dan benar,” katanya ketika berucap di Majlis Pemimpin bersama Rakyat di Kepala Batas di sini, hari ini,lapor Berita Harian.

Pada majlis sama, Najib turut meminta pengamal media untuk mengambil gambar lebih 5,000 penyokong BN yang hadir di acara berkenaan bagi membuktikan kepada negara bahawa mereka ialah penyokong sejati parti itu.

“Sekiranya beginilah sokongan yang kita terima, saya pasti BN akan terus menjadi Kerajaan Persekutuan pada 9 Mei nanti,” katanya yang juga Pengerusi BN.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");