Isu Panas

BN Tambun Rebah Di Kubu Kuat

IPOH – Kubu kuat BN Tambun yang dipertahankan sejak 1995 akhirnya ‘tumbang’ apabila PKR berjaya memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti 5,320 undi pada PRU14 lalu.

Penyandang Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah gagal mempertahankan kerusinya apabila hanya menerima 33,341 undi sekaligus melenyapkan rekodnya yang telah memegang kerusi itu selama lima penggal.

Pengerusi Harapan negeri, Ahmad Faizal Azumu yang merupakan pencalonan baharu telah mendapat 38,661 undi manakala Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria dari Pas pula 14,948 undi.

PKR menang majoriti sebanyak 5,320 dengan peratusan keluar undi adalah 82.5 peratus dan undi ditolak adalah 960.

Pada PRU 13 lalu, Ahmad Husni menerima 42,093 undi dan menang majoriti 9,325 menewaskan calon PKR, Siti Aishah Shaik Ismail.

Nasib sama turut dialami penyandang Adun Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin yang telah tewas kepada Asmuni Awi dari PKR yang menang majoriti 3,532 undi. Mohamad Ziad hanya menerima 16,520 undi manakala Mohd Hafez Sabri dari Pas pula menerima 10,830 undi.

2014 lalu, Mohamad Ziad hanya menang tipis dengan menewaskan Asmuni dengan majoriti 132 dengan menerima 21,511 undi.

Dalam pertandingan empat penjuru di Dun Hulu Kinta, Muhamad Arafat dari PKR menang bergaya dengan majoriti 3,731 dengan menewaskan penyandang sebelum ini, Datuk Aminuddin Md Hanafiah lapor Sinar Harian.

Turut tewas Mat Salleh Said dari Pas 7,425 undi dan S Murugiah yang merupakan calon Bebas pula mendapat 217 undi.

Ini pencalonan kedua Aminuddin yang juga Ketua Umno Bahagian Tambun pernah menang di kerusi itu dengan majoriti 6,118 undi pada PRU13 dengan menewaskan MA Tinagaran dari PKR.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");