Berita Hari Ini

BN, UMNO Perlu Dipulihkan – KJ

KUALA LUMPUR: UMNO perlu dipulih dan diperbetulkan semula supaya parti itu dapat diterima rakyat pada masa depan, kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Susulan itu, beliau berkata, tidak timbul soal sama ada kepemimpinan parti itu perlu diterajui orang muda atau orang lama.

Katanya, soal pokok adalah untuk memulihkan kembali parti bagi meneruskan kelangsungannya dan menjadi parti pembangkang berwibawa.

“Dalam proses pemulihan ini, tidak semestinya kepemimpinannya ditukar dan diterajui orang muda atau mereka yang lebih tinggi, tetapi apa yang penting ialah apa yang akar umbi inginkan.

“Saya beritahu Pemuda UMNO jangan terbawa-bawa dengan isu kepemimpinan ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pemuda BN turut meminta seluruh ahli dan kepemimpinan parti menerima tanggungjawab atas kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan tidak hanya meletakkan kesalahan itu kepada bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

“Kena ada satu tempoh muhasabah diri sebelum kita membuat perubahan kepada UMNO. Jika kita anggap ini kekalahan kerana seorang saja, kita tidak akan dapat belajar sesuatu,” katanya.

Beliau berkata, pengundi walaupun menolak Barisan Nasional (BN) tetapi masih berharap BN boleh memainkan peranan sebagai pembangkang.

“Mesej itu jelas daripada rakyat kerana mereka mereka sentiasa menilai kerajaan. Jadi, perlu ada pembangkang untuk membetulkan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai program dilaksanakan BN seperti Program Transformasi Nasional (TN50), beliau berkata, ia terpulang kepada kerajaan baharu sama ada mahu meneruskan dasar BN dan semua program itu perlu dinilai dari perspektif profesional, bukan perkiraan politik.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");