Perak Hari Ini

“BN,Pakatan Harapan Diminta Kemukakan 30 Kerusi”

IPOH:Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah agar Barisan Nasional Negeri dan Pakatan Harapan mengemukakan majoriti mudah 30 kerusi bagi membentuk kerajaan berpandukan perlembagaan Negeri.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata Sultan Nazrin pagi tadi telah menerima surat daripada BN yang memaklumkan mereka sudah mempunyai majoriti mudah sebanyak 30 kerusi yang melibatkan tiga kerusi daripada Pas yang dikatakan telah bersetuju untuk membentuk satu kerajaan campuran.

Walaubagaimanapun jelasnya, Sultan Perak terlebih dahulu ingin mensahihkan kandungan surat itu dan meminta BN membawa kesemua 30 wakil kerusi masing-masing untuk untuk membuktikan BN mempunyai sokongan.

Dalam pada itu, beliau berkata Sultan Perak perkenan memberi keutamaan kepada Pakatan Harapan atas sebab mereka memperolehi kerusi terbanyak iaitu 29 kerusi dan turut perlu membuktikan bahawa mereka memiliki majoriti mudah 30 kerusi.

“Duli Yang Maha Mulia menjemput mereka memberi opsyen pertama untuk menubuhkan kerajaan tetapi dengan syarat majoriti mudah 30 kerusi,” katanya yang ditemui media di luar perkarangan Istana Kinta di sini hari ini.

Terdahulu Empat wakil Pakatan Harapan,Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Ahmad Faizal Azumu, Pengerusi PKR Perak, Dr. Muhammad Nur Jaunty, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah petang tadi.

Tambahnya Pakatan Harapan meminta perkenan sultan memberi tempoh masa mengemukakan 30 kerusi sokongan sehingga jam 2 petang esok.

“Sekiranya Pakatan Harapan tidak dapat membuktikan mereka mempunyai majoriti mudah, Duli Yang Amat Mulia tidak boleh tangguh lama untuk menubuhkan kerajaan, Insyaallah pada esok petang,” katanya.

Ujarnya perjumpaan hari ini merupakan perjumpaan kedua setelah kedua-dua parti telah menghadap Baginda semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");