Membawang Hari Ini

Bos Naza Hantar Surat Peguam Pada Bekas Isteri

Ahli perniagaan terkenal Datuk SM Faisal SM Nasimuddin menuntut bekas isterinya, Emilia Hanafi memadamkan tulisan serta gambar yang dimuat naik di laman sosial wanita berkenaan.

Gambar dan tulisan berkenaan dipercayai mengenai kes SM Faisal didakwa memukul Emilia pada 2015.

Untuk rekod, kes antara ahli perniagaan itu bersama Emilia di Mahkamah Sivil, Mahkamah Jenayah dan Mahkamah Syariah berlangsung dalam keadaan ‘sunyi’ daripada media.

Dalam surat tuntutan saman fitnah bertarikh 23 Mei yang dilihat Malaysiakini, SM Faisal yang diwakili peguam Datuk Akhberdin Abdul Kader, mendakwa tindakan Emilia mengelirukan dan menipu masyarakat berhubung “kejadian sebenar”.

Menurut surat tuntutan itu lagi ia telah mencemarkan reputasi SM Faisal.

Sehubungan itu, Emilia diminta untuk memadamkan kesemua tulisan dan gambar itu atau berdepan dengan saman bagi menuntut ganti rugi RM100 juta.

“Padam kesemua posting berkenaan di semua sosial media anda dalam masa 24 jam bermula dari tarikh ini (surat).

“(Menuntut) dengan serta-merta berhenti daripada menerbitkan sebarang postingtambahan kepada mana-mana atau semua dakwaan dan tuduhan yang tidak benar terhadap klien kami.

“Menerbitkan permohonan maaf tanpa syarat yang akan dimuat naik dan diterbitkan di semua akaun media sosial anda dalam masa tujuh hari bermula tarikh ini,” menurut tuntutan itu.

Pada 16 Mei dan 20 Mei, Emilia memuat naik gambar lebam di mata, wajah serta tangannya di Facebook serta Instagramnya.

Dalam tulisannya, Emilia turut memberitahu beliau tidak akan takut untuk memberitahu kebenaran mengenai perkara yang terjadi kepada dirinya.

Pasangan yang memiliki tiga cahaya mata itu bercerai pada Mac 2016.

SM Faisal merupakan anak sulung kepada pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin.

SM Faisal kini merupakan pengerusi eksekutif Naza World Group of Companies.

Malaysiakini juga sedang cuba mendapatkan respon peguam Emilia berhubung tuntutan berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");