Panasnya Hari Ini

Buat kerja tak payah tunggu pilihan raya: Johari

KUALA LUMPUR – Calon PRU14 bagi Parlimen Titiwangsa sepatutnya membuka pusat khidmat seperti mana dilakukan BN jika benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat.

Calon BN Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sebaliknya berlaku, apabila mereka hanya datang lima tahun sekali dengan usaha mendapat sokongan masyarakat Titiwangsa menggunakan isu-isu nasional yang tidak benar.

Menurutnya, tindakan itu hanya akan mengelirukan masyarakat Titiwangsa sedangkan keutamaan untuk memilih wakil rakyat adalah dengan mengambil kira sejauh mana nasib mereka boleh terbela.

“Walaupun mereka sudah faham (isu nasional), tetapi tetap mahu tipu rakyat semata-mata untuk dapat kuasa. Bukan mahu berkhidmat untuk rakyat, jika benar mereka mahu berkhidmat untuk rakyat, tak perlu tunggu PRU. Saya buka pusat khidmat, mereka juga perlu buka pusat khidmat di sini.

“Kerana itu saya terpanggil untuk menjelajah ke seluruh Titiwangsa untuk memperbetulkan apa sahaja tuduhan-tuduhan atau maklumat diberi kepada rakyat yang sukar untuk difahami rakyat biasa,”katanya ditemui ketika Majlis Minum Petang bersama Masyarakat Minang di Lorong kiri 14.

Johari selaku wakil rakyat pada penggal lalu aktif dengan pusat khidmat yang telah beroperasi tiga tahun lebih awal daripada tempoh mendapat mandat sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa.

Pusat Khidmat Masyarakat BN Titiwangsa terletak di Desa Pandan itu akan menjadi tumpuan luar biasa pada setiap hari Jumaat di mana jadual Johari bertemu dan mendengar masalah serta keperluan rakyat secara perseorang.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");