Perak Hari Ini

Calon BN Dun Kubu Gajah Guna Pendekatan Kasih Sayang

SELAMA:Calon Barisan Nasional (BN) Dun Kubu Gajah, Saliza Ahmad mengharapkan rakyat mampu memilih parti yang mengamalkan pendekatan kasih sayang, bukannya mereka yang memperjuangkan politik kebencian dan dendam.

Katanya, politik berasaskan kasih sayang adalah asas penting dalam membina kepemimpinan yang baik dan BN adalah parti yang mengutamakan kasih sayang.

Jelas Saliza lagi, jika sebelum ini beliau diberi kepercayaan sebagai Ketua Wanita Umno Larut demi menjaga kebajikan mereka, kini beliau berharap diberi peluang untuk menjaga kebajikan dari seluruh rakyat di Dun Kubu Gajah.

“Pendekatan yang dibawa dengan nilai kekeluargaan kasih sayang, dari kasih sayang itu barulah kita dapat menjalankan perjuangan dalam memastikan BN menang pada PRU14 ini.

“Bagi saya tidak kisah sesiapa pun kita perlu…diingat kita merupakan satu keluarga di Larut saya bersyukur kami masyarakat di Larut sentiasa bersama tanpa mengira agama.

“Dari segi strategi, sebenarnya kita tidak ada ‘strategi’ kita sentiasa turun padang dan membantu rakyat pada setiap masa dan musim tanpa menunggu pilihan raya,”katanya.

Katanya, beliau yakin dan berusaha dalam membangunkan pentadbiran dan pembangunan di (N06) Dun Kubu Gajah kepada seluruh rakyat.

“Saya berhasrat membantu golongan muda untuk terus berjaya dalam pelbagai sektor kerana mereka merupakan pelapis kita demi masa depan negara,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");