Perak Hari Ini

Calon BN Parlimen Parit Buntar Mahu Bantu Nelayan,Pesawah

PARIT BUNTAR: Calon Barisan Nasional (BN)  Kerusi Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan akan menjadikan aspek bantuan kepada para nelayan dan pesawah sebagai fokus utama sekiranya diberikan mandat dan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-14.

Katanya, sepanjang empat hari berkempen sebelum hari penentuan 9 Mei ini beberapa siri penjumpaan diadakan dengan nelayan pantai bagi mengenalpasti masalah dihadapi mereka termasuk pembelaan nasib para nelayan.

“Kami mengadakan perjumpaan dengan nelayan pantai, nelayan pukat kenka yang mana arahan penggunaan telah dikeluarkan menjelang tahun 2020 serta isu pencerobohan hingga hasil dapatan nelayan berkurangan.

“Perjumpaan turut diadakan dengan kumpulan para pesawah yang mana masih terdapat kawasan pengeluaran padi masih rendah hanya sekitar 2 hingga 3 metrik tan sedangkan di kawasan tertentu boleh mencecah hingga 7 metrik tan,” katanya.

Beliau turut berhasrat untuk meningkatkan industri perikanan supaya lebih tersusun melalui pendekatan industri kecil dan sederhana (IKS) dan pengenalan kepada kaedah ikan dalam sangkar.

“Kita mahu perbaiki kaedah ikan yang dijemur di tepi-tepi jalan supaya ada satu sistem selain memastikan pengeluaran hasil laut terkawal dan kosisten. Begitu juga kemudahan jeti serta tempat simpanan bekalan ikan lebih teratur,” katanya.

Sektor perumahan juga, jelas Abdul Puhat diberikan perhatian oleh BN, memandangkan harga hartanah dan perumahan Parit Buntar pada tahap yang tinggi.

“Masalah utama di sini ialah kekurangan tanah dan tindakan penambakan tepi laut menelan belanja yang besar mungkin dengan pengambilan tanah berhampiran tanah rizab jalan kawasan padi boleh dipertimbangkan.

“Setakat ini pembinaan perumahan rakyat telah dibangunkan di Kampung Raja Babshah sebanyak 60 unit malah kita juga perlu memberi perhatian terhadap keperluan para nelayan memiliki rumah.

“Penyusunan semula kemudahan seperti pasar juga diberi perhatian malah pembinaan Pasar Tanjung Piandang mampu memenuhi keperluan rakyat begitu juga peniaga di tepi-tepi jalan berhampiran Titi Serong yang turut memerlukan pembelaan,”katanya.

Abdul Puhat turut mengakui kemudahan sukan seperti padang bola masih berkurangan dan terhad kepada penggunaan padang bola sekolah semata.

“Padang bola sintetik Parit buntar dijangka siap pada Mei ini yang boleh menampung 3,000 penonton yang dijangka boleh digunakan Mei ini,” katanya.

Kawasan rekreasi serta makanan istimewa di Parit Buntar perlu diketengahkan untuk menarik kehadiran pelancong lebih ramai ke Parlimen ini.

Katanya lagi adalah menjadi hasratnya juga dua calon Dun untuk memenangi kedua-dua kerusi yang memerlukan kerja keras dan tidak mengambil mudah pertembungan dalam pilihan raya umum ke-14.

Turut hadir calon BN kerusi Dun Titi Serong,  Norsalewati Mat Norwani  dan calon BN Kerusi Dun Kuala Kurau Shahrul Nizam Razali yang meluangkan masa beramah mesra bersama para nelayan di jeti Nelayan Kuala Bagan Tiang Kerian di sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");