Perak Hari Ini

Calon Pas Elak Jadi Agresif Berkempen

SELAMA:Calon Pas Perak kini mengubah strategi berkempen yang lebih santai dan tidak lagi bertindak agresif seperti pilihan raya umum yang lalu.

Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin yang juga calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Selama berkata setakat hari ini, kempen berjalan lancar dan semua calon saling hormati-menghormati satu sama dalam suasana kempen yang amat menarik.

“Strategi kempen penuh kasih sayang dan mesra digunakan dengan pengundi semua parti tak kira atas pagar sekalipun kita tetap menyantuni mereka.

“Berbanding pilihan raya lepas kita agak agresif dapat isu kita hentam dedahkan itu dan ini namun pendekatan telah berbeza kita menyatuni pengundi di semua lokasi termasuk tempat awam,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya tindakan mengubah pendekatan itu selaras dengan gagasan disaran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera.

“Amanat terbaru ialah kita diminta tidak menyerang calon lawan walaupun kita tahu apa kelemahan pada calon lawan tetapi kita tidak bawa isu ke tengah masyarakat tetapi menyantuni mereka,” katanya.

Jelasnya pendekatan kempen kasih sayang ini juga telah mendapat sambutan sangat baik daripada pengundi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");