Perak Hari Ini

Calon Wanita Pertama Di Gopeng, Heng Seai Kie Minta Diberikan Peluang

GOPENG:Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gopeng, Datuk Heng Seai Kie menjadi pencetus sejarah politik di sini apabila menjadi satu-satunya calon wanita yang bertanding di Parlimen itu setelah 60 tahun.

Beliau ketika ditemuramah oleh pihak Peraktoday mengakui adalah munasabah peluang diberikan kepada wanita setelah 60 tahun hanya calon lelaki ditampilkan dikawasan itu.

“Selama 60 tahun ini kali pertama calon wanita bertanding di Parlimen Gopeng dan juga Dun Simpang Pulai fakta ini lebih menyentuh perasaan terutama pengundi wanita untuk menyokong calon wanita bagi membolehkan suara wanita dibawa ke Parlimen.

“Amat penting untuk calon wanita diketengahkan sebagai wakil rakyat kerana masa kini 50 peratus populasi adalah wanita dan 51 peratus pengundi terdiri daripada wanita namun wakil rakyat wanita hanya setakat 10.8 peratus di Dewan Rakyat juga dun yang masih sikit,” katanya.

Katanya, penglibatan kaum wanita masih kurang malah antara input berkempen turut menyeru kaum lelaki memberi sokongan kerana calon wanita yang bertanding disebabkan kekurangan itu.

Mengulas mengenai peluang BN di Gopeng, jelas Heng Seai Kei BN mempunyai peluang yang cerah terutama dengan saingan tiga penjuru termasuk parti Pas kali ini.

“Pasti berlaku pecahan undi di pihak parti pembangkang dan Pas yang dahulu bersekutu dibawah pakatan Harapan jadi sekarang tiga penjuru pastinya memberik kesan negatif yang akan ditanggung calon PKR,” katanya.

Katanya setelah dilantik sebagai ibu angkat Gopeng kawasan ini dilihat mempunyai pontensi yang amat tinggi untuk dibangunkan dari segi destinasi pelancongan dan pelaburan.

“Pemandangan semulajadinya yang tidak tercemar serta terdapat 30 destinasi menarik di Gopeng yang menjadi tarikan kepada pelancong kelak.

“Sejarah Gopeng lagi lama dari Ipoh iaitu 160 tahun sudah wujud latar belakang, sejarah luar biasa ini memiliki potensi untuk dibangunkan sebagai kota wariaan ekologi peringkat negeri juga antarabangsa,” katanya.

Beliau turut bercerita mengenai tempoh berkempen pada pilihan raya umum ke-14 kali ini yang dijalankan dengan lancar menerusi pelbagai program dan pendekatan yang sesuai untuk semua kelompok masyarakat.

“Kita menganjurkan pelbagai program yang dekat dengan masyarakat seperti pemeriksaan tulang, pemberian cermin mata buat warga emas serta pelbagai perayaan dan pesta tanglung untuk kaum Cina,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");