Perak Hari Ini

Conteng Poster: Parti Politik Perlu Amal Politik Beradab

GOPENG: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gopeng, Datuk Heng Seai Kie mengakui terkejut dan kesal dengan perbuatan khianat pihak yang menconteng poster wajahnya yang dipasang di sekitar Kopisan, Gopeng, pada malam Rabu.

Katanya, tindakan sedemikian tidak sepatutnya berlaku memandangkan Malaysia merupakan negara yang disegani oleh luar negara sebagai sebuah negara yang beradap juga penduduk terkenal kaum sifat yang bersopan santun.

“Satu laporan polis telah dibuat sebagai peringatan kepada sesiapa yang melakulan tindakan itu kerana ia perkara yang serius serta boleh diambil tindakan undang-undang supaya budaya tidak merebak dan dicontohi oleh generasi muda,” katanya.

Beliau turut menyeru semua parti politik pembangkang atau pun BN untuk bertanding dan berkempen dengan berasaskan budaya berpolitik yang bersih dan sihat.

Terdahulu, poster kempennya telah diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan melukis gambar misai pada wajah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");