Panasnya Hari Ini

Cuai atau konspirasi?

RANTAU PANJANG – Calon Pas bagi kerusi P023, Siti Zailah Mohd Yusoff mendesak siasatan dilakukan berhubung kekeliruan cetakan warna kertas undi sehingga menyebabkan kertas undi bagi Parlimen dan Dun dimasukkan dalam kotak yang sama.

Siti Zailah berkata, dia terkejut apabila melihat kertas undi dalam kotak Parlimen turut mengandungi kertas undi bagi Dun.

Menurutnya, kertas undi bagi Parlimen dicetak menggunakan kertas oren manakala bagi Dun menggunakan kertas putih.

Bagaimanapun katanya, kotak undi bagi Parlimen dicetak menggunakan kertas putih manakala kotak Dun daripada kertas oren.

“Ia menyebabkan kekeliruan kepada pengundi terutama warga emas sehingga tersilap memasukkan dua kertas undi dalam kotak yang sama.

“Saya tidak menyalahkan petugas, tapi jika berlaku konspirasi untuk mensabotaj pilihan raya di sini, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya.

Walaupun ia dinafikan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya, beliau berkata, kecuaian seperti itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan negara sudah mengadakan pilihan raya buat kali ke-14.

Tidak berpuas hati dengan kejadian di Sekolah Kebangsaan Sri Rantau Panjang 1, iaitu tempat beliau membuang undi, Siti Zailah turut membuat pemeriksaan di pusat mengundi lain di Parlimen Rantau Panjang.

Menurutnya, hasil pemantauan mendapati kes sama berlaku di tujuh pusat membuang undi di sini.

“Saya bimbang kes ini boleh menjejaskan proses pengiraan undi malam ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");