Panasnya Hari Ini

Cukup manis, maruah Pas kembali suci

KUANTAN – Dalam suasana getir kempen PRU14, Pas boleh dianggap menerima ‘hadiah cukup manis’ berikutan kemenangan presiden parti berkenaan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang dalam semua lima permohonan interlokutori kes saman fitnah terhadap Sarawak Report di Mahkamah Tinggi London sekali gus mengembalikan maruah parti itu.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan mengesahkan bahawa pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown diperintahkan membayar sebanyak 28,900 pound iaitu kira-kira RM155,000 kepada Abdul Hadi.

“Ini satu kemenangan sangat bermakna kepada bukan sahaja peribadi Tuan Guru Abdul Hadi tetapi kepada Pas itu sendiri, setelah sekian lama maruah dan harga diri Pas cuba dicemarkan oleh pihak-pihak tertentu dengan tuduhan-tuduhan tidak masuk akal.

“Dan terlebih-lebih manis lagi, kemenangan ini disambut atau diterima saat kita menghadapi PRU14, di mana semua parti-parti lawan menggunakan isu ini untuk menjatuhkan reputasi Pas dan menghakis kepercayaan rakyat kepada Pas,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, ternyata Maha Suci ALLAH, Pas telah menerima berita kemenangan ini dan pihaknya berharap agar rakyat kembali memberi kepercayaan dan keyakinan kepada Pas.

Nasrudin berkata demikian kepada pemberita selepas program ramah mesra bersama calon Parlimen P082 Indera Mahkota dan calon Dun N12 Beserah, di kampung Chendor Sempadan malam tadi.

Nasrudin merupakan calon Pas bagi Indera Mahkota yang ditentang calon Barisan Nasional Datuk Dr Johan Mat Sah dan Datuk Saifuddin Abdullah, calon PKR.

Sementara di Dun Beserah, Andansura Rabu dari Pas turut berdepan pertandingan tiga penjuru dengan Zulkifli Mohamed dari PKR dan Suhaimi Jusoh @ Sulong dari BN.

Abdul Hadi memfailkan saman pada April 2017 berhubung artikel yang ditulis oleh Rewcastle-Brown bertajuk “As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections” yang disiarkan portal asing itu pada 6 Ogos 2016.

Ia berhubung dakwaanRM90 juta telah dimasukkan ke dalam akaun Presiden Pas itu bagi mendorong untuk bekerjasama dengan Umno dan BN.

Hakim Mahkamah Tinggi London menetapkan tarikh untuk perbicaraan penuh kes bermula 1 hingga 12 April 2019.

– Astro Awani

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");