Perak Hari Ini

‘Daim Nak Jadi Tukang Tilik’

PANGKOR: Ramalan Tun Daim Zainuddin bahawa Perak bakal jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) bukanlah sesuatu yang baharu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pada pilihanraya yang lalu, bekas Menteri Kewangan itu turut meramalkan perkara yang sama namun sebaliknya berlaku apabila BN masih berjaya mengekalkan kemenangan di Perak.

Tanpa mahu mengulas lanjut, beliau berkata perkara utama buat BN Negeri ialah untuk terus bekerja bagi memperoleh kejayaan yang lebih baik dalam PRU14.

Ujarnya, semua pihak juga boleh membuat ramalan mereka masing-masing.

“Setiap pilihanraya beliau meramalkan perkara yang sama. Beliau seolah-olah mahu menjadi seorang tukang tilik yang meramalkan masa hadapan menerusi bola kristalnya.

“Semua orang boleh mempunyai bola kristal mereka,” katanya dengan nada sinis.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam satu sesi lawatan berkempen PRU14 di perkarangan Tokong Foo Ling Kong, Sungai Pinang Kecil, dekat sini, pada Jumaat.

Daim dalam satu laporan akhbar tempatan mendakwa Pakatan Harapan bakal menawan Perak dan Kedah dariapda BN serta merampas Kelantan daripada Pas pada PRU14.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");