Panasnya Hari Ini

Daim Sindir Pimpinan Umno

HULU KELANG – Bekas pimpinan Umno, Tun Daim Zainuddin yang kini makin ligat membantu kempen Pakatan Harapan menyindir pimpinan Umno berikutan pengguguran keahlian Umno beliau di pentas pembangkang.

Ujarnya, jika pimpinan Umno takut dengan beliau yang sudah tua,ianya bermakna Umno juga takut dengan rakyat.

“Saya yang dah tua pun kena buang, saya yang nak berjalan pun susah pasal apa nak takut.

“Tapi dia masih takut juga kepada orang tua macam saya, kalau dengan orang yang lebih muda macam kamu (rakyat) lagi dia takut.

“Tapi ada juga yang mengaku (kononnya) dia pahlawan, kalau pahlawan silalah berjumpa siapa lawan di sini yang dah 93 tahun,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Malam Semarak Tsunami Rakyat anjuran Harapan, malam tadi.

Selain itu, Daim juga tidak berselindung mengatakan dia begitu sibuk membantu berkempen untuk Harapan dalam tempoh dua hari ini.

“Semalam (kelmarin) saya di Johor, pagi tadi (semalam) di Permatang Pauh, petangnya lari pula ke Kelantan berkempen untuk Ustaz Nik Omar.

“Jadi 9 Mei ini, (rakyat) Malaysia boleh apa? Boleh tukar kerajaan, kita mahu tukar kepada Pakatan Harapan (Harapan), InsyaALLAH,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");