Panasnya Hari Ini

Daim Tidak Akan Sertai Mana-mana Parti

PERMATANG PAUH – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti politik selepas dipecat dari Umno semalam,

Walaupun tidak menyertai mana-mana parti politik, Daim sebaliknya hanya menyokong parti memperjuangkan kebenaran untuk rakyat dan berani atas nama kebenaran.

“Saya bersyukur kepada ALLAH kerana dipecat daripada Umno kerana parti itu tidak sah mengikut undang-undang.

“Kalau Umno tidak boleh menghormati perlembagaan susah la..Yang penting sekarang kita sokong siapa yang berani dan berkempen untuk kebenaran,”katanya ketika ditemui media selepas bersarapan bersama calon PKR Permatang Pauh di Pasar Awam Sama Gagah di sini tadi, lapor Sinar Harian.

Turut hadir, Calon PKR Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, calon Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dan Permatang Pasir, Faiz Fadzil.

Daim yang sempat bertemu orang ramai di kawasan medan selera pasar berkenaan turut menyeru orang ramai supaya menolak Umno pada PRU 14 kali ini.

Semalam, Umno secara rasminya memecat pemimpin veteran itu yang lantang mengkritik parti itu dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tindakan sama turut dikenakan terhadap bekas Ketua Wanita Umno di era Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Rafidah Aziz.

Manakala, kedudukan seorang lagi veteran Umno, Tan Sri Rais Yatim sehingga kini masih disiasat.

Sebelum ini, ketiga-tiga mereka secara terbuka menyatakan sokongan mereka kepada Pakatan Harapan yang diketuai bekas ketua mereka di dalam kerajaan dahulu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Daim ketika ditanya mengapa beliau memilih untuk hadir ke Permatang Pauh, beliau berkata kawasan itu bukan asing baginya kerana pernah datang ke sini beberapa kali sebelum ini.

Selain itu katanya, Permatang Pauh juga akan ditandingi oleh anak rakan lamanya dahulu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");