Perak Hari Ini

Debat: Buat Kerja Banyak Bukan Cakap Banyak!

BAGAN SERAI:Tindakan pihak pembangkang mengajak calon Barisan Nasional (BN) berdebat disifatkan satu ‘kerja bodoh’ bagi calon penyandang kerusi Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Katanya, kepimpinan BN tidak mempunyai sebarang masalah untuk berdebat dengan sesiapa sahaja namun untuk masuk ke gelanggang pembangkang lalu bertinju ia seolah satu tindakan yang sia-sia.

“Apa yang penting buat kerja banyak bukan cakap banyak bila orang tahu kita buat kerja jadi tak cakap banyak.

“Sikit-sikit debat pasal apa dia nak debat kerana tak de kerja lain kami sibuk buat kerja tak ada masa berdebat,” katanya ketika ditemui pada sesi lawatan ke setiap pusat daerah mengundi (Pdm) jalan Kuala Gula semalam.

Katanya, ajakan untuk berdebat perlu tepat pada masanya dan semasa tempoh berkempen yang berbaki tujuh hari ini adalah tidak bersesuaian.

“Masa-masa ini ajak berdebat sebenarnya ia helah menyelamatkan diri,” katanya.

Terdahulu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir semasa menyampaikan ucapan pada majlis perasmian dataran Amanjaya Simpang 5 Parit Buntar menyelar pelawaan pihak pembangkang yang gemar untuk berdebat.

Mengulas mengenai saingan tiga penjuru yang bakal dihadapinya jelas Noor Azmi mengakui cukup teruja berhadapan dengan mereka kerana telah menjalankan tugas sebaik mungkin selaku bekas ahli Parlimen selama ini.

“Pertembungan tiga penjuru calon muda dan wanita saya rasa teruja namun saya selaku penyandang saya buat kerja saya tumpu turun padang laksanakan tugas dan berdebat di Parlimen bawa suara rakyat.

“Jadi saya tak tahu calon muda ini tahu atau tidak bercerita mengenai Bagan Serai, dan bukan senang juga bagi calon wanita menerajui kepimpinan,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 45 Pdm beroperasi di setiap kawasan di Parlimen Bagan Serai yang begitu rancak menjalankan aktiviti berkempen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");