Perak Hari Ini

DPIM Sedia Bantu Kerajaan Negeri Pacu Ekonomi

IPOH – Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Perak sedia bersama kerajaan negeri bagi mendokong aspirasi keusahawanan dalam kalangan rakyat dan memacu ekonomi negeri.

Pengerusinya, Datuk Zahar Hashim berkata, kerjasama itu dapat meningkatkan penglibatan usahawan muslim dan ahli perniagaan bagi menyokong aktiviti ekonomi negeri berdaya saing.

“Ia bersandarkan kepada slogan ‘jihad bisnes’ yang menjadi intipati perjuangan DPIM Perak dalam membangunkan usahawan muslim dan mukmin berjaya.

“Kami berkeyakinan DPIM Perak akan dapat menyumbangkan idea dan buah fikiran kepada kerajaan negeri dalam bersama memainkan peranan membentuk budaya korporat bebas rasuah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, menjadi harapan DPIM agar kerajaan negeri dapat membantu dan membimbing ahli-ahli perniagaan negeri ini.

“DPIM berharap kerajaan negeri baharu berupaya menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif agar lebih ramai usahawan berkaliber dan bertaraf dunia dapat dilahirkan di negeri ini.

“Semoga kerajaan negeri berjaya melakukan perubahan besar dalam memastikan iklim perniagaan dan ekonomi negeri terus berkembang dan mencapai pertumbuhan membanggakan,” katanya.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");