Perak Hari Ini

Faizal Azumu Angkat Sumpah MB Perak

KUALA KANGSAR: Seperti diramalkan penganalisa politik tempatan, Ahmad Faizal Azumu sempurna mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak bagi Dewan Undangan Negeri  (DUN) Kali Ke-14 di Istana Iskandariah, dekat sini,  jam 6.05 petang tadi.

Istiadat mengangkat sumpah dan penerimaan watikah pelantikan itu berlangsung di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Baginda turut diringi Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim serta kerabat diraja.

Hadir sama, Menteri Besar penggal lalu, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak itu berjaya mempertahankan DUN Pangkor  yang dimenangi sejak dua penggal lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Ahmad Faizal, telah menewaskan lawannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang, Choong Shin Heng (BN) dan Nordin Hassan (PAS) dengan majoriti 39.

Selain itu, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak itu turut menewaskan penyandang kerusi parlimen Tambun Datuk Seri Husni Hanadzlah yang merupakan penyandang kerusi itu selama lima penggal dengan majoriti 5,320.

Keputusan  PRU14 yang diumumkan Rabu lalu menyaksikan PH yang menggunakan tiket PKR mendahului 29  kerusi negeri yang dipertandingkan.

Manakala bagi 27 kerusi bagi BN dan PAS 3 kerusi.

Disebabkan tidak ada mana-mana parti yang mampu membentu majoriti mudah 30 kerusi, ia menjadikan DUN Perak tergantung.

Pada siang tadi kesemua wakil-wakil serta kepimpinan kepimpinan parti pergi menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta, Ipoh.

Isu pergantungan DUN berkenaan tamat apabila dua ADUN BN Perak menyatakan sokongan kepada PH lantas ianya melengkapkan majoriti mudah seperti yang dititahkan Sultan Nazrin sebelum ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");