Membawang Hari Ini

Farah Nabilah Akur Syarat Ibu

PELAKON Farah Nabilah tidak pernah merasa terbeban dengan syarat diletakkan ibunya yang tidak mahu dia tinggal sendiri sehingga berkahwin kelak.

Farah yang sangat rapat dengan keluarganya itu mengakui lebih selesa tinggal bersama keluarga meskipun kini sudah mempunyai berkerjaya.

Malah pelakon yang popular menerusi drama Titian Cinta ini juga tidak berhasrat untuk tinggal sendiri sekalipun tidak diletakkan syarat tersebut oleh ibunya.

“Banyak perkara yang membuatkan saya perlu berhati-hati, terutamanya ketika era teknologi di hujung jari.

“Hal kecil boleh menjadi besar dan jika tersalah percaturan, ia akan menjerat diri. Jadi saya perlu awasi langkah supaya nama kekal ‘bersih’,” katanya dipetik daripada sebuah portal hiburan lapor Sinar harian.

Disebabkan itu, Farah sentiasa menjaga dirinya agar tidak terpalit sebarang kontroversi yang boleh menjatuhkan reputasinya.

Apatah lagi semenjak awal bergelar anak seni, pelakon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Psikologi sudah memasang tekad hanya ingin berkongsi bakatnya kepada umum tanpa melibatkan cerita peribadi.

Dalam perkembangan lain, Farah kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Ms. Emoji Mr. Data, selain bakal muncul dengan Halalkan Hati Yang Kucuri sepanjang Ramadan ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");