Sukan Hari Ini

Firdaus Mahu Robek JDT

KUALA LUMPUR: Jafri Firdaus Chew meletakkan Gonzalo Cabrera sebagai pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang perlu diberi lebih perhatian kerana pemain import dari Argentina itu dilihat mampu menjadi pemusnah apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Shah Alam, malam esok.

“Kelebihan Cabrera adalah dia mampu mengelecek beberapa orang pemain serta bijak mencari ruang untuk melakukan ledakan. Malah, dia sekarang berada pada puncak prestasi apabila kerap menjaringkan gol,” kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu lapor Berita Harian.

Dalam pada itu, jaringan sulung ketika seri 1-1 dengan Melaka United, Rabu lalu menyuntik semangat Jafri untuk terus berusaha merobek pintu JDT.

Jafri berkata jaringan ke atas Melaka itu bukan sahaja penting kerana menyelamatkan PKNS daripada kekalahan malah dianggap tepat pada masanya ketika dia sedang tercari-cari sentuhan gol yang menghindari dirinya sekian lama.

“Sebagai penyerang, keupayaan saya akan diukur daripada jumlah jaringan meskpun saya jarang diturunkan dalam kesebelasan utama dan lebih berperanan sebagai pemain sayap.

“Walaupun saya tetap memberi sumbangan kepada pasukan dan jurulatih (Datuk Rajagobal) tidak pernah merungut mengenai hal ini namun saya sendiri berasa tidak puas bila gagal menjaringkan gol.

“Jika diturunkan lagi, saya akan berusaha untuk menambah bilangan gol dalam perlawanan ini. Kalau saya dapat melakukan ke atas JDT, sudah tentu ia akan memberi lebih kepuasan,” ujar Jafri.

“Berdepan JDT bukan tugas mudah, jadi semua pemain kena beri komitmen lebih 100 peratus. Kami juga perlu mengelak daripada melakukan kesilapan mudah seperti yang berlaku dalam perlawanan dengan Melaka.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");