Isu Panas
1

Gaji MB, Exco Kedah Dipotong 10 Peratus

May 31, 2018
124 Views
0 Comments
56 seconds read
Gaji MB, Exco Kedah Dipotong 10 Peratus

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah bawah Pakatan Harapan (PH) memutuskan gaji asas Menteri Besar dan kesemua 10 anggota Exco akan dipotong 10 peratus, berkuat kuasa bulan ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata keputusan berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Exco yang diadakan di Wisma Darulaman di sini semalam.

“Ia sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan dan prihatin terhadap masalah kewangan negeri.

“Sesungguhnya, pimpinan kerajaan negeri bersama-sama dengan rakyat yang ketika ini menanggung pelbagai bebanan dan tanggungan kewangan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Mukhriz berkata, keputusan sebulat suara itu juga selari dengan ketetapan dibuat kerajaan Persekutuan seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa gaji asas Jemaah Menteri dipotong 10 peratus, berkuat kuasa serta-merta lapor Bernama.

Komen & Pendapat

Comments are closed.