Jenayah

Gantung Diri Kerana Masalah Rumah Tangga

KUALA TERENGGANU – Akibat tekanan masalah rumah tangga, seorang pengawal keselamatan nekad gantung diri sehingga mati, dalam kejadian di Kampung Tok Dir, Chendering, petang semalam.

Lelaki berusia 27 tahun itu ditemui dalam keadaan tergantung di dalam bilik tidur di rumah keluarganya kira-kira jam 5.15 petang oleh salah seorang adik lelakinya.

Sebelum itu, adik lelaki arwah bertindak memanjat bilik tidurnya selepas disuruh ibu mereka yang curiga kerana sehari suntuk tidak keluar dari bilik.

Menurut sumber, sebelum insiden itu, arwah, bapa kepada seorang anak berusia 10 bulan dilihat berada dalam keadaan kemurungan melampau selepas berselisih faham dengan isterinya berusia 26 tahun.

Beliau berkata, akibat perselisihan faham antara mereka, isteri arwah mengambil keputusan nekad dengan melarikan diri ke rumah keluarganya bersama anak mereka.

“Difahamkan, arwah sudah beberapa kali pergi ke rumah keluarga mertuanya bagi memujuk isteri agar pulang semula bersamanya namun tidak diendahkan.

“Bermula daripada masalah rumah tangganya, arwah berdepan masalah kemurungan melampau sehingga menjejaskan aktiviti kehidupan sehariannya.

“Arwah juga dikatakan sudah tidak pergi bekerja dan banyak mengurung diri di dalam biliknya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Jelasnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");