Perak Hari Ini

GLC Perlu Jadikan Kampung Sebagai Keluarga Angkat- MB Perak

TAPAH:Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu akan berusaha dalam memastikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)  negeri menjadikan perkampungan Orang Asli sebagai keluarga angkat.

Katanya, tindakan itu adalah untuk membantu sosioekonomi kampung berkenaan.

“Sesebuah kampung ini memerlukan bantuan peluang pekerjaan, perniagaan,latihan dan pendidikan malah kita cuba mencari jalan dengan hantar guru ke kampung-kampung supaya mereka mendapat pendidikan secukupnya jika mereka berbakat kita hantar mereka ke asrama agar berpendidikan tinggi sekaligus dapat membntu kampung mereka,” katanya Majlis Berbuka Puasa 2018 bersama masyarakat Orang Asli bersama Menteri Besar Perak di Lata Kinjang di sini hari ini.

Malah katany, masyarakat Orang Asli juga disaran supaya terus bekerjasama dengan pihak kerajaan dan Jakoa bagi meraih kemajuan.

“Paling penting pendidikan anak-anak perlu diutamakan kerana kesusahan dialami hari ini tidak akan dilalui anak-anak jika mereka ada keperluan pendidikan paling tinggi menjadi  golongan profesional dan balik ke kampung berbakti kelak,” katanya.

Ahmad Faizal turut berjanji akan memberikan perkhidmatan sebaik mungkin selain menyelesaikan isu berkaitan tanah adat.

“Kerajaan diterajui Pakatan Harapan kini akan cuba menyelesaikan masalah tanah sebaik mungkin,  saya pastinya tidak akan mampu memuaskan hati semua orang kerana setiap daripada kita ada kehendak masing-masing.

“Masalah tanah tentu ada,kampung-kampung pastinya akan ada yang tidak memenuhi kehendak mereka tetapi saya akan mencapai semaksimum mungkin untuk memuaskan hati semua.

“Saya tidak akan mampu wartakan tanah dari Tapah ke Ringlet tidak akan boleh tetapi sebanyak boleh kita akan cuba boleh lakukan tapi dapat sebahagian jadilah,” katanya dihadapan Tok Batin dan penduduk Orang Asli kawasan Chenderiang pada majlis tersebut

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");