Berita Hari Ini

Guru ‘Kantoi’ Jual Mercun

JERTIH: Polis menahan guru lelaki berusia 34 tahun dan merampas pelbagai jenis mercun serta bunga api keseluruhan bernilai RM10,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pulau Panjang dekat sini pagi tadi.

Serbuan jam 2.30 pagi itu dilakukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, pemeriksaan dalam premis itu menemui 32 jenis mercun dan bunga api yang diletakkan di dalam sebuah bilik.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah menengah di daerah itu dipercayai baru saja memperoleh bekalan mercun dan bunga api berkenaan daripada negara jiran.

Beliau berkata, serbuan itu adalah yang terbesar di daerah ini tahun ini menjelang sambutan Aidilfitri.

“Semua mercun dan bunga api yang dirampas dipercayai diperoleh daripada orang tengah sebelum dijual.

“Antara mercun dan bunga api yang dirampas termasuk jenis Happy Boom, Papan Bulat, Avion Nocturno, Glow of Sunset, On Fireworks dan mercun bola dengan nilai rampasan RM10,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut hari ini.

Mohd Zamri berkata, suspek disahkan tiada sebarang rekod jenayah dan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Bahan Letupan 1957.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");