Berita Hari Ini

Hanya gambar calon, presiden, timbalan presiden parti dibenarkan dalam bahan kempen

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hanya gambar calon, presiden dan timbalan presiden atau setarafnya daripada parti komponen Barisan Nasional (BN), PKR dan PAS dibenarkan digunakan sebagai bahan kempen sepanjang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi SPR, Tan Sri Hashim Abdullah, berkata di peringkat negeri pula, selain gambar presiden dan timbalan presiden, gambar Ketua Menteri, Menteri Besar, pengerusi badan perhubungan negeri, calon serta simbol parti politik hanya dibenarkan dalam bahan kempen.

Katanya, SPR telah membuat penyelarasan semula terhadap dasar sedia ada dengan mewujudkan syarat-syarat tambahan berkaitan penggunaan bahan-bahan kempen pada PRU14 demi menjaga keharmonian, etika serta aktiviti kempen melibatkan parti bertanding.

“Kenapa orang pertikaikan gambar tokoh tertentu dipotong atau digunting sedangkan mereka (pembangkang) telah bersetuju menggunakan simbol PKR pada PRU14.

“Jadi bagi SPR, PKR yang bertanding. Pada PRU14, parti Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo PKR, jadi hanya gambar presiden dan timbalan presiden PKR sahaja boleh dipaparkan, dan bukannya gambar Tun Dr Mahathir Mohamad yang hanya merupakan pengerusi PH,” katanya kepada Bernama, di sini pada Rabu.

Hashim berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan anggota penguat kuasa SPR yang memotong poster memaparkan gambar Dr Mahathir dari papan iklan kempen kawasan Parlimen Ayer Itam.

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/05/03/hanya-gambar-calon/~/media/752e8ef046194a988922d3a2b96c5ecd.ashx?h=393&la=en&w=620

Gambar Dr Mahathir ditutup pada papan iklan.
Mengulas lanjut, beliau berkata calon-calon yang bertanding bebas menggunakan gambar mereka dalam bahan kempen seperti poster dan gegantung di kawasan mereka bertanding.

“SPR juga mengarahkan poster BN dengan gambar presiden China diturunkan oleh 445 pasukan petugas di seluruh negara yang terdiri daripada parti politik, Polis Diraja Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan pegawai SPR.

Tetapi tindakan itu tidak diviral (oleh parti politik berkenaan).

“Peraturan adalah sama untuk semua parti politik. Cuma satu menular isu itu, manakala satu lagi tidak berbuat demikian yang menyebabkan rakyat tidak faham dan mula menyalahkan pihak SPR,” katanya.

Dalam pada itu, Hashim menasihatkan pengundi supaya tidak mudah terpengaruh atau percaya dengan mesej yang viral di media sosial kerana ia bertujuan mengelirukan mereka.

“Baru-baru ini, ada satu gambar ditularkan yang menunjukkan tong-tong atau kotak undi pos disusun dan dikatakan SPR melakukan penipuan.

“Sebenarnya gambar itu adalah gambar PRU13 dan bukannya kotak undi pos, tetapi kotak undi yang dikumpulkan di pusat pengumpulan dan pusat penjumlahan untuk dikira semula sekiranya ada bantahan,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");