Berita Hari Ini

Harap Pakatan Harapan Tak Jadi Kerajaan Balas Dendam

KOTA BHARU – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berharap kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menjadi ‘kerajaan membalas dendam’.

Menurutnya, harapan tersebut bukan sahaja datang dari Pas, malah seluruh rakyat negeri ini yang berharap Harapan tidak sebagaimana kerajaan yang ditadbir BN sebelum ini.

“Kita harap kerajaan Harapan tidak menjadi sebuah kerajaan membalas dendam. Semua orang mengharapkan bukan kami sahaja walaupun kami pembangkang tapi semua rakyat mengharapkan Pakatan Harapan lebih baik daripada kerajaan BN.

“Walaupun Tun M pernah menjadi perdana menteri, saya harap dia tinggal cerita lama dia dan buka lembaran baru sebagai perdana menteri yang baru,” katanya kepada media di sini lapor Sinar Harian.

Beliau ditemui selepas majlis angkat sumpah Exco Kelantan di Istana Kota Lama, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas berkata, beliau menyambut baik perkara tersebut memandangkan Pas sendiri sejak dari dulu lagi konsisten yang pemimpin itu tidak bersalah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");