Perak Hari Ini

Harga Tiket Zoo Taiping, Night Safari Diturunkan Mulai 1 Jun Ini

TAIPING:Tiket untuk memasuki Zoo Taiping akan diturunkan daripada RM17 kepada RM16 bagi dewasa, manakala kanak-kanak daripada RM8.50 kepada RM8 setiap seorang.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata penuruan harga tiket ini berkaitan dengan pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus yang berkuatkuasa 1 Jun ini.

Katanya dengan penurunan harga tiket itu diharap dapat menggalakkan orang ramai berkunjung ke zoo sekali gus meningkatkan sektor pelancongan di bandar tersebut.

Manakala bagi tiket Night Safari,katanya harganya dikurangkan daripada RM21.20 kepada RM20 bagi dewasa, sementara untuk kanak-kanak RM10.60 kepada RM10 setiap seorang.

“Selain itu, kami juga menawarkan diskaun 20 peratus bagi harga tiket kepada penduduk di daerah Larut Matang dan Selama serta Kerian.

“Sementara 30 peratus ditawarkan kepada rombongan sekolah, agensi pelancongan dan pakej pendidikan, manakala warga emas diberikan diskaun 50 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 05-8086577 atau 05-8041045.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");