Panasnya Hari Ini

‘Hentikan, malu pada bukan Islam’

KUALA ROMPIN – “Saya pelik kenapa sampai perlu hina menghina adik-beradik hanya kerana berbeza politik seperti situasi Nik Omar Nik Abdul Aziz sertai Harapan manakala Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bertanding calon Pas”.

Demikian luah Pengerusi Harapan Rompin, Mohd Fadzli Mohd Ramly yang kecewa isu berkenaan terus berlarutan sedangkan ia hanya isu seorang individu itu memilih parti yang dirasakan atau diyakini betul.

Menurutnya, demi membetulkan pihak yang tidak senang dengan keputusan Nik Omar, ada yang sanggup menyamakan dengan kisah anak Nabi Nuh dan kisah mimpi yang meragukan.

“Hentikanlah semua perbuatan ini kerana orang-orang yang terlibat perlu ada rasa malu pada orang bukan Islam.

“Tidak salah berbeza wadah politik, Pas perlembagaannya nak Islam, Amanah dalam perlembagaan pun nak Islam,” luahnya melalui entri Facebooknya.

Mohd Fadzli berkata, jika pun ada sesiapa yang mengaku mahu mahu menjadi seperti Nabi Nuh, tidak perlu menyamakan Nik Omar dengan anak Nabi Nuh itu pula.

“Anak Nabi Nuh menolak ajaran Islam (waktu itu) manakala Nik Omar ini masih mengucapkan syahadah,” tegasnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");