Perak Hari Ini

Husni Nafi Dakwaan BN Berkempen Dalam Sekolah

IPOH:Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah menafikan dakwaan bahawa pihak BN Tambun telah mengadakan ucapan politik di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Tanah Hitam pada 29 April lalu.

Beliau sama sekali tidak mengetahui langsung berhubung perkara dan tujuan ceramah itu.

“Saya tidak mengetahuinya, kita sama sekali tak tahu mengenai SJKC, mana ada wakil dihantar untuk tujuan apa..?, katanya mengulas mengenai satu laporan Polis oleh calon PKR bagi kerusi Dun Ulu Kinta, Muhamad Arafat Varasai Mahamad mengenai dakwaan itu pada jam 11 pagi tadi.

Husni bagaimanapun enggan menjalankan sebarang siasatan berhubung dakwaan itu kerana disifatkannya satu tindakan yang membuang masa.

“Tak perlu siasat ia hanya membuang masa sebagai individu perlu jujur dengan diri sendiri biar mereka buat apa sahaja ia membuang masa sahaja.

“Saya ke Tanah Hitam dua hari lepas tak pergi ke situ untuk apa mereka juga tidak menjemput kita jadi buat apa hantar orang ke situ kalau pergi ke sana masa saya menjadi Ahli parlimen namun selepas bubar tidak ke sana lagi,” katanya.

Beliau turut menyifatkan video yang dirakam itu juga berkemungkinan rakaman dahulu dan meminta Polis mengambil tindakan yang sepatutnya.

“Flem dulu-dulu mungkin sekarang ini tiada ia sangat melucukan, saya boleh katakan politik ini akan hadapi pelbagai permainan harap polis akan ambil tindakan dan kita mahu masyarakat yang lebih matang,” katanya.

Terdahulu Arafat dalam laporan Polisnya menyebut dia telah mendapat aduan dari pengundi di Tanah Hitam bahawa pada 29 April lalu BN telah mengadakan ucapan politik dan meraih undi di sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tanah Hitam yang menyalahi Akta Suruhanjaya Pilihan Raya kerana menggunakan platform sekolah untuk tujuan berkempen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");